RSS

NOKIA PERKENAL TIGA PRODUK BARU

NOKIA menampilkan komputer notebook mini, Nokia Booklet 3G dan telefon bimbit Nokia N900 yang dilancarkan beberapa hari lalu, bersama tiga lagi telefon bimbit, Nokia N97 Mini, Nokia X6 dan Nokia X3 pada persidangan dan pameran Nokia World 2009, semalam.
Nokia Booklet 3G bakal memeriahkan pasaran notebook di seluruh dunia dan lebih maju ke depan apabila dilengkapi modem 3G terbina dalam, skrin LCD 10 inci dan diperkasa oleh cip pemproses Intel Atom yang beroperasi di atas sistem operasi terbaru Microsoft Window

Sememangnya dibangunkan untuk kegunaan capaian Internet secara agresif di mana saja sama ada menggunakan rangkaian telekomunikasi 3G atau WiFi apabila ia ditenagakan oleh bateri 16 sel yang mampu bertahan sehingga 12 jam.


Nokia N900 adalah satu-satunya telefon bimbit yang dibangunkan untuk beroperasi di atas platform Linux dengan sistem operasi .


Mampu mengoperasikan berbilang tugas pada satu masa tanpa gangguan dan capaian pantas ke ruang Internet menggunakan WiFi atau 3G/HSPA.




Dilengkapi  skrin peka sentuhan 3.5 inci dengan papan kekunci maya dan papan kekunci QWERTY untuk memudahkan pengguna menggunakannya mengikut kecenderungan dan kebebasan memilih.



Walaupun ianya sebuah telefon bimbit, tapi kepintarannya membolehkan pengguna mengamalkan konsep penggunaan yang sama dengan PC, terutamanya konsep desktop dengan ikon jalan pintas ke aplikasi pilihan.



Nokia X6 dan X3 adalah gabungan telefon bimbit muzik dengan pelbagai aplikasi lain. X6 menyokong rangkaian 3G, namun X3 hanya sekadar 2G yang memerlukan pengguna memindah turun lagu-lagu kegemaran menggunakan PC atau notebook sebelum dipindahkan ke dalam telefon.



Berbanding X6 yang boleh membuat capaian terus secara pantas ke dalam pusat muzik Nokia dan pindah turun terus lagu-lagu ke dalam telefon.



Nokia N97 Mini adalah kesinambungan daripada Nokia N97 tapi memiliki reka bentuk kerangka yang sedikit lebih kecil dan tepian yang lebih membulat, di samping jenis kerangka yang diperbuat dari bahan keluli.



Antara perbezaan paling nyata selain saiz ialah memori dalamannya hanya 8GB dan saiz skrinnya 3.2 inci berbanding N97 dengan memori 32GB dan skrinnya sebesar 3.5 inci.



Kesemua produk terbaru Nokia ini dijangka memasuki pasaran pada suku tahun keempat 2009

0 comments: